Html java script

Dinobatkan Sebagai Hafizah Termuda Pertama England Dalam Usia Tujuh tahun

 


Dinobatkan Sebagai Hafizah Termuda Pertama England Dalam Usia Tujuh tahun

Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang diberi nama Maariya dari Luton England beberapa ketika lalu berjaya menghafal 30 Juz al-Quran. Atas pencapaian, Maariya dinobatkan sebagai hafidzah termuda pertama di England.

Sejak dari lima tahun, Maariya telah menghafal Surah Yasin dengan tujuan sebagai satu cabaran untuk mengumpulkan dana untuk rakyat Syria. Tidak lama selepas itu, Maariya berjaya menghabiskan hafalan Juz al-Quran terakhir di madrasah tempat dia bersekolah.

Ibu Maariya melihat anak perempuannya sebagai pelajar yang cepat belajar dan berharap dapat menjadi seorang hafidzah. Oleh kerana tidak ada sekolah tahfidz di England, ibunya memutuskan untuk mengajar Maariya seorang diri.

Ibunya memberitahu bahawa pencapaian prestasi ini tidak mudah dan memerlukan banyak kesabaran. Mereka perlu mengikuti jadual yang ketat, di mana Maariya akan belajar selama lima jam sehari. Maariya mula belajar menghafal sebelum pergi ke sekolah, selepas sekolah dan selepas makan malam.

Sebagai memberikan motivasi, ibunya memberitahu Maariya dapat memilih hadiah apa pun yang dia mahukan setiap kali dia menyelesaikan sebahagian hafalan Al-Quran. Maariya sering meminta hadiah sederhana seperti mainan, buku bergambar atau makan di restoran.,

Kerja k3ras mereka terbayar apabila hanya dalam dua tahun, pada usia tujuh tahun, Maariya selesai menghafal seluruh Al-Quran. Upacara hifdh juga diadakan untuk meraikan pencapaian Maariya. Semoga menjadi tauladan untuk ibubapa yang lain. Insyallah.

Belum ada Komentar untuk "Dinobatkan Sebagai Hafizah Termuda Pertama England Dalam Usia Tujuh tahun"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel