Html java script

Saat Sujud Kepada Allah SWT, Ombak Seperti Langsung Tidak Menyentuh Dan Menganggu Solatnya

 


Saat Sujud Kepada Allah SWT, Ombak Seperti Langsung Tidak Menyentuh Dan Menganggu Solatnya

Ibadat solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Ia adalah tiang agama yang telah difardukan ke atas orang Islam yang mukallaf.

Dari segi bahasa, solat bermaksud doa. Dari segi istilah pula solat ialah beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam mengikut rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu. Solat merupakan perkara penting dan menjadi paksi utama keimanan seseorang mukmin.

Pendidikan solat bermula dari zaman kanak-kanak yang berusia tujuh tahun dan dipukul pada umur sepuluh tahun jika tidak melakukan solat. Sesiapa yang tinggalkan solat seolah-olah dia merobohkan tiang agama.

Ustaz Ahmad Dusuki telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya.

Ustaz Ahmad Dusuki merupakan Seorang Pendakwah Bebas Berkelulusan Universiti Al-azhar Dalam Bidang Syariah Dan Undang-undang. Video tersebut sangat memberi inspirasi kepada pengikutnya dan telah mendapat perkongsian ramai di Laman Instagram.

Video tersebut memaparkan seorang nelayan sedang mendirikan solat di atas bot di tengah-tengah lautan. Solatlah sesukar mana pun. Itu nasihat dari Ustaz Ahmad Dusuki.

Apa yang terlihat dalam video tersebut, nelayan itu tetap terus mendirikan solat walaupun bot tersebut dib4dai ombak yang mengg4naas. Ombak-ombak tersebut seolah tidak menganggu dirinya yang sedang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

” Solatlah walau sesukar mana, itu tandanya keimanan yang ada kepada kita, berinfaqlah walau sesedikit mana, itu lah tanda besarnya nilai akhirat kepada kita, apalah ertinya puasa tanpa solat dan infaq kita.

Bernilainya kita apabila kita sertai bersama amalan itu.

Belum ada Komentar untuk "Saat Sujud Kepada Allah SWT, Ombak Seperti Langsung Tidak Menyentuh Dan Menganggu Solatnya"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel