Html java script

Seorang Warga Jepun Yang Menjadi Pelajar Pondok Di Kuala Selangor

 


Seorang Warga Jepun Yang Menjadi Pelajar Pondok Di Kuala Selangor

Seorang muslim warga Jepun yang telah banyak memberi sumbangan terhadap penyebaran dan pembangunan islam di negara matahari terbit. Bergelar Sulaiman akira Hamanaka, beliau amat dikenali dikalangan penduduk muslim di Jepun dan juga rakyat malaysia disana. Amat menyukai negara Malaysia bahkan fasih berbicara dalam bahasa Melayu. Pemergi4n beliau merupakan satu kehil4ngan yang besar bagi penduduk muslim disana.

Beliau juga merupakan satu-satunya warganegara Jepun yang telah berjaya mendirikan masjid beliau sendiri yang diberi nama sebagai Masjid Niihama. Memeluk Islam ketika berusia 19 tahun, kemudiannya mengambil keputusan untuk belajar di sekolah pondok yang terletak di Kuala Selangor.

Seterusnya, menyambung lagi pengajian sehingga ke Mesir dan menjadikan dirinya sebagai salah seorang pendakwah paling awal membantu pengembangan Islam di Jepun. Malah kebanyakkan saudara baru di Jepun, mendapat bantuan dan bimbingan daripadanya untuk memeluk Islam. Ini membuatkan mereka begitu terkesan dengan pemergiannya.

Selain berdakwah, beliau juga mempunyai minat yang mendalam sukan badminton dimana beliau turut membantu dalam hubungan antara Malaysia dan Jepun dalam sukan tersebut. Mari kita sama-sama berdoa dan semoga arwaah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnn.

Belum ada Komentar untuk "Seorang Warga Jepun Yang Menjadi Pelajar Pondok Di Kuala Selangor"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel